Sunday, 30 September 2018

Lion Cut untuk Mia

"Lion cut" merupakan istilah di kalangan groomer kucing atau ahli veterinar yang bermaksud mencukur bulu kucing keseluruhannya , tetapi biasanya meninggalkan bulu di kepala, leher , hujung kaki dan hujung ekor. Setelah dibuat lion cut, kucing akan kelihatan seolah - olah seperti singa mini yang comel.

Kebiasaannya lion cut ini dibuat bagi kucing - kucing berbulu panjang yang mengalami masalah bulu bergumpal ( fur matting), keguguran bulu yang teruk hingga melekat di baju owner atau sekitar rumah dan juga masalah kulit. Kutu juga mudah membiak di sekitar bulu yang bergumpal ini kerana suhunya yang lembap dan terlindung dari cahaya jadi pemilik mungkin tidak sedar kucingnya dijangkiti kutu.

kenapa lion cut untuk mia?

Sebab kutu, saya tak pasti macam mana mia boleh ada kutu? pelik bin ajaib. kucing yang stay dekat rumah. tidur dalam aircond. lepak dalam bilik. so, saya rasa Mia ada bawak balik kawan dalam rumah. hehehe.

tak apa lah, bukan salah Mia. kita pergi berubat aje lah.

adakah mia akan jadi macam ni?

comel jugak.

cuma confirm mia akan kemurungan.☺




1 comment:

  1. bulu panjang susah sikit nak jaga. siap kene lion cut

    ReplyDelete