Saturday, 29 September 2018

Adab Memandu di Bulatan

Assalamuaalaikum!

Untuk post kali ini, saya nak tekan kan pada adab memandu di bulatan. Bila dah terkena pada diri sendiri. saya cuba mencari cara yang betul memandu di bulatan. Iyelah, bila sudah bertahun lepas lesen memandu, selepas tu pandu ikut suka hati. Matlamat asal sampai. ☺

Cara atau adab ya macam ni,

1.    SEBELUM BULATAN

a.    Mengamalkan rutin selamat CITO ketika menghampiri bulatan.
b.    Mempastikan kenderaan berada di lorong yang betul.
i.     Bulatan dua lorong-lorong kiri untuk ke kiri dan kanan untuk terus ke kanan dan pusing balik.
ii.    Bulatan tiga lorong-lorong, lorong kiri adalah untuk ke kiri, lorong tengah untuk terus dan lorong kanan untuk ke kanan atau pusing balik.

c.    Kurangkan kelajuan serta tukar gear yang sesuai. Jika perlu beri laluan kepada kenderaan yang datang dari arah kanan jika ada.

2.    SEMASA DI BULATAN

Teruskan perjalanan dengan berhati-hati di lorong yang bertul.
a.    Bergerak Ke Kiri
i.     Beri isyarat ke kiri apabila menghampiri bulatan.
ii.    Masuk ke lorong kiri.
iii.   Kekal berada di lorong kiri semasa di bulatan.
iv.   Kekal isyarat kiri semasa berada di bulatan.

b.   Bergerak Terus
i.    Pastikan berada di lorong kiri (lorong pemanduan) kecuali terhalang.
ii.    Kekalkan lorong semasa berada di bulatan.
iii.   Periksa cermin terutama cermin sisi.
iv.   Beri isyarat ke kiri selepas simpang pertama sebelum keluar daripada bulatan.

c.    Bergerak Ke Kanan
i.      Berikan isyarat ke kanan
ii.     Masuk ke lorong kanan.
iii.     Kekalkan isyarat semasa melalui bulatan.
iv.    Kekal dilorong yang sama semasa di dalam bulatan.
v.     Periksa cermin terutama cermin sisi.
vi.    Beri isyarat ke kiri selepas simpang yang terakhir sebelum keluar dari bulatan.

3.    SELEPAS BULATAN
a.    Teruskan perjalanan selepas keluar daripada bulatan.

okayy kan, so lepas ni sila lah berhati hati dan cekap sikit keluar simpang. Jangan teragak agak sampai akan menyusahkan orang lain yang memandu.

#pesanan untuk diri sendiri juga.


No comments:

Post a Comment