Sunday, 30 September 2018

Bulu kucing kami Mia #bulumiadimanamana

Bulu kucing

Harini saya nak cerita tentang masalah yang saya hadapi iaitu bulu kucing. Kalau anda baca entry pertama saya ada bercerita tentang kucing saya yang bernama Mia. 

Mia banyak mengisi memori hidup saya sejak hari pertama ia hadir dalam hidup kami suami isteri. Dalam masa yang sama Mia juga memberi kami masalah yang baru iaitu bulu kucing. Boleh saya katakan baju saya hampir kesemuanya ada DNA Mia. 

Masalah ni pada mulanya tak menganggu kehidupan seharian kami tapi setelah 7 tahun ianya semakin serius sehingga dimana saja kami pergi mesti kami akan membawa bulu mia sekali. 7 tahun dahulu teknogi tidaklah secanggih sekarang. Seiring dengan kemajuan teknologi kami suami isteri bersetuju untuk membeli alatan yang dapat mengawal masalah ini. 

Maka muncul lah Penapis udara dari jenama yang agak dikenali masa kini. Dengan adanya teknologi ini masalah bulu dapat dikawal dan kehidupan kami juga kembali normal. 

Sekian sahaja bebelan saya tentang seekor kucing bernama Mia.

#mia nama kucing saya 



No comments:

Post a Comment