Sunday, 30 September 2018

Malaysia dan tekanan

Finally last entry!

Sebagai rakyat malaysia kita tidak terlepas dari tekanan kehidupan seharian. Kita ambil contoh kos sara hidup yang semakin meningkat. Kita tidak terlepas dari merasainya. 

Kesan daripada kenaikan kos sara hidup masyarakat malaysia melakukan pelbagai cara untuk meningkatkan pendapatan. Contoh nya seperti perniagaan atas talian yang bercambah pada hari ini. Kita juga dapat lihat kadar jenayah seperti ragut dan samun yang semakin meningkat disebabkan dari kesan kenaikan harga barang. 

Kesimpulan nya sebagai rakyat kita harus berfikir secara waras dan mencari jalan untuk menambah pendapatan keluarga sekaligus meningkatkan kualiti hidup. Work hard and stay strong everyone!



Pengalaman vs sijil

Salam Semua,

Topik "Pengalaman atau Ijazah?" memang menjadi perbincangan hangat sejak akhir-akhir ini. Bukan sahaja orang lain tetapi terjadi pada diri sendiri juga. Sejauh manakah perbezaan kedua-dua bahagian ini memberi impak kepada seseorang yang pada hakikatnya kebergantungan aspek-aspek tersebut memainkan peranan penting untuk melahirkan individu yang berkaliber dan bersedia untuk menempuh hari-hari mendatang.

Bagi saya kedua dua ya perlu selari, pengalaman bersama dengan sijil akan buat sesorang itu lebih capable dalam satu organisasi. kerana itu, saya membuat keputusan utuk melanjutkan pelajaran untuk jadi kan saya lebih kompetatif dalam kerjaya. Pengalaman itu mematangkan minda dan meneguhkan jiwa, setiap orang tidak akan memiliki pengalaman yang sama dalam aspek kehidupan. 

Selepas 8 tahun, saya kembali.



Mr Ragaman by Faizal tahir

Hi Semua,

Lagu terbaru dari Faizal tahir ❤

Siapa yang dah dengar? Fuh, failing in love teruk dengan lagu ni.
Kisah realistik masa kini, termasuk saya, Alhamdulliah.

Faizal Tahir (FT) yang telah memenangi banyak anugerah dan terkenal dengan lagu-lagunya yang penuh kelainan dan keunikan tersendiri ini kembali tampil dengan lagu baru beliau berjudul Ragaman.

Perangai dan kasih sayang.
So much love for this song!




Word Link

Demam games word link!

Permainan ini dah buat saya hilang fokus belajar :) hahaha alasan!

Serius jika anda seorang peminat tegar puzzle, boleh try game ni. Sangat menyeronokkan dan mengkhayalkan anda. Bagaimana nak main game ni, anda hanya perlu mencari perkataan dengan huruf yang diberi. mudah kan, tetapi ianya akan semakin susah dengan meningkat nya level anda.

so selamat mencuba!



Minyak Gamat

Assalamualaikum,

Selepas accident kaki tersepit pintu, datang idea nak cerita tentang minyak gamat. Alang-alang lagi 6 posting yang perlu buat. Okay, saya terus cerita pasal minyak gamat aje lah.

Secara tradisional, produk berasaskan gamat digunakan sebagai penyembuh luka dan untuk memulihkan kesihatan badan. Oleh itu, sediaan gamat amat popular sebagai minuman dikalangan wanita selepas bersalin bagi tujuan tersebut. 
Disamping itu juga, produk gamat juga diambil oleh pesakit yang telah menjalani pembedahan sebagai penyembuh luka. Terdapat juga gamat yang diformulasikan bersama herba lain sebagai ubat batuk, minyak urut atau minyak angin.

Untuk kes saya, luka kecil. ☺❤

Ianya dapat menghalang pembekuan darah. Proses pembekuan darah menghalang pendarahan berlebihan apabila kulit tercedera. Walaubagaimanapun, proses pembekuan darah boleh berlaku di dalam saluran darah walaupun anda tidak mengalami kecederaan.

Semua penyakit ada penawar nya, kita hanya perlu berusaha untuk mengubati.

sekian.

Guna fabric starch!

Salam!

Trend sekarang, trend tudung bawal kembali.

Untuk membentuk tudung tanpa masa yang lama, sila gunakan STARCH.

Cara nak guna:
1. Spray dekat tempat yang nak senang terbentuk tu. Jangan spray banyak sangat. Sekali tekan je cukup bagi dia evenly distributed.
2. Tunggu 2-3 mins
3. Gosok tudung macam biasa. Iron jangan panas sangat. Settle.


Tapi masalah dia satu je, kalau kena hujan, gone. Terus tak terbentuk elok dah. Sebab kalau kena air je terus hilang starch!

#selamatmencuba




Final Exam Semester 3/2017/2018

Salam!

Final Exam Semester 3/2017/2018

Untuk semester pendek ni, 2 subjek dengar macam mudah. tetapi pressure is real.

untuk pelajar separuh masa seperti saya pandai mengurus masa perkara yang paling susah untuk diusahakan. tetapi demi impian. saya akan terus gagahkan diri.

so, saya sub dekat mia untuk belajar untuk saya :)

#gurau je



Lion Cut untuk Mia

"Lion cut" merupakan istilah di kalangan groomer kucing atau ahli veterinar yang bermaksud mencukur bulu kucing keseluruhannya , tetapi biasanya meninggalkan bulu di kepala, leher , hujung kaki dan hujung ekor. Setelah dibuat lion cut, kucing akan kelihatan seolah - olah seperti singa mini yang comel.

Kebiasaannya lion cut ini dibuat bagi kucing - kucing berbulu panjang yang mengalami masalah bulu bergumpal ( fur matting), keguguran bulu yang teruk hingga melekat di baju owner atau sekitar rumah dan juga masalah kulit. Kutu juga mudah membiak di sekitar bulu yang bergumpal ini kerana suhunya yang lembap dan terlindung dari cahaya jadi pemilik mungkin tidak sedar kucingnya dijangkiti kutu.

kenapa lion cut untuk mia?

Sebab kutu, saya tak pasti macam mana mia boleh ada kutu? pelik bin ajaib. kucing yang stay dekat rumah. tidur dalam aircond. lepak dalam bilik. so, saya rasa Mia ada bawak balik kawan dalam rumah. hehehe.

tak apa lah, bukan salah Mia. kita pergi berubat aje lah.

adakah mia akan jadi macam ni?

comel jugak.

cuma confirm mia akan kemurungan.☺




Bulu kucing kami Mia #bulumiadimanamana

Bulu kucing

Harini saya nak cerita tentang masalah yang saya hadapi iaitu bulu kucing. Kalau anda baca entry pertama saya ada bercerita tentang kucing saya yang bernama Mia. 

Mia banyak mengisi memori hidup saya sejak hari pertama ia hadir dalam hidup kami suami isteri. Dalam masa yang sama Mia juga memberi kami masalah yang baru iaitu bulu kucing. Boleh saya katakan baju saya hampir kesemuanya ada DNA Mia. 

Masalah ni pada mulanya tak menganggu kehidupan seharian kami tapi setelah 7 tahun ianya semakin serius sehingga dimana saja kami pergi mesti kami akan membawa bulu mia sekali. 7 tahun dahulu teknogi tidaklah secanggih sekarang. Seiring dengan kemajuan teknologi kami suami isteri bersetuju untuk membeli alatan yang dapat mengawal masalah ini. 

Maka muncul lah Penapis udara dari jenama yang agak dikenali masa kini. Dengan adanya teknologi ini masalah bulu dapat dikawal dan kehidupan kami juga kembali normal. 

Sekian sahaja bebelan saya tentang seekor kucing bernama Mia.

#mia nama kucing saya 



Jenis Jenis Kucing di Malaysia

Hi Semua,

So harini, lepas berfikir panjang apa lagi nak tulis untuk cukupkan 28 post.
Mari kita bersama belajar tentang jenis jenis kucing yang ada di Malaysia

Kucing adalah haiwan paling popular menjadi pilihan rakyat Malaysia sebagai haiwan kesayangan. Namun begitu terdapat beratus jenis kucing di dunia ini. antara yang menjadi pilihan rakyat Malaysia ketika ini adalah seperti berikut :-

1) kucing kampung!

Paling popular antara pilihan penggemar kucing kerana senang didapati dan mudah penjagaan mereka. kucing ini bersifat lasak dan berdikari serta bijak. selain itu pengendalian kucing kampung dari segi penjagaan rawatan dan makanan amat murah kerana kucing ini bersifat mempertahankan diri dan pandai berdikari. tak bagi makan seminggu pon hidup bak kata orang. pandai je cari makan sendiri.

2) British Shorthair

Kucing ini berbadan serderhana dan berbulu pendek rapat rapat seperti karpet. Asalnya kucing ini menjadi pilihan kerana sifat dan kepakaran ia berburu sangat hebat dan lebih dikenali sebagai kucing rumah untuk memburu tikus. kucing ini sangat bijak namun begitu tidak begitu manja. Pada pembela kucing baka ini harus mengawal pemakanan kucing ini kerana kebarangkalian kucing ini untuk obes sangat tinggi. jadi hati hati mereka memang senang menjadi bulat!! banyak makan.

3) Maine Coon

Kucing Maine Coon adalah kucing paling popular di dunia mungkin kerana size kucing ini boleh menjadi sangat besar dan berat boleh mencecah 7kg ke 12kg. Ekor kucing ini juga panjang dan bulunya tebal,  tekstur bulu dan bulu di sekitar leher yang menyerupai singa. Walaupun rupa kucing ini agak garang tapi anda perlu tahu kucing ini sangat manja dan senang bergaul. Besar teruk!

4) Ragdoll

Kucing Ragdoll ini merupakan jenis kucing berbadan besar, yang mempunyai dada lebar. Kucing jenis ragdoll memiliki kepribadian yang cukup baik di antara kucing lain. Ragdoll memiliki suara yang lembut, bersahabat, manja , tidak suka mengganggu siapa saja dan suka bermain (aktif). Kucing jenis raggdol sangat mudah di latih untuk di jadikan teman bermain. Ragdoll dikenali sebagai kucing yang mahal dan harga boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Mungkin cantik di mata!

5) SPHYNX

Di balik wajah dan bentuk seperti tikus, kucing Sphynx memiliki sifat yang sangat ramah, lembut, dan gemar mencari perhatian. Kucing ini sangat mudah akrab dengan manusia dan haiwan peliharaan lainnya, termasuk anjing. Kucing Sphynx merupakan kucing yang aktif dan sangat suka bermain. Nanum kucing jenis ini sangat sensitif dan memerlukan perhatian yang lebih. Kucing ini lebih kerap harus dimandikan dari jenis kucing yang mempunyai bulu. Macam tikus. 

6) MUNCHKIN

Munchkin adalah senis kucing yang berkaki pendek. Namun begitu tidak menganggu untuk mereka berjalan dan melompat serta aktif seperti kucing kucing jenis lain. kucing ini sangat manja dan peramah dan menjadi pilihan kanak kanak untuk bermain dengan mereka. kucing munchkin agak cerewet dan suka menarik perhatian tuannya. dengan rupa fizikal yang unik dan comel membuatkan baka ini menjadi pilihan ramai tetapi harga kucing ini agak tinggi. 

dan pilihan saya tetap Mia

DHL mix semi flat face mix muchkin



Melancong!

Barang - barang yang penting untuk melancong

Dokumen perjalanan
Kumpulkan segala jenis dokument perjalanan anda. Tapi ini teramat penting. Kita biasa dengar mereka yang mengalami masalah untuk fly akibat dokumen yang tidak lengkap. Jadi mungkin ianya akan terjadi kepada kita satu hari nanti. So, pastikan dokumen ini disediakan di satu tempat.

Barang Peribadi
Personal items ini pun penting sebab nama lagi personal items kan. Barang-barang yang dalam list ini biasanyaakan asingkan dalam satu beg untuk di bawa secara hand carry. Ada beberapa yang dalam list aku mungkin sama dengan korang. Kalau boleh beg hand carry ni biarlah kecik dan senang nak bawa. Tak menyusahkan nanti.

Technology / Gadget
Mobile device and charger
iPad or e-reader and charger
Camera and/or a video camera, memory card, and charger
Electrical converters and adapters

Health Items
Hand sanitizer or wet wipes
Prescriptions in original packaging - panadol, flu medication, ubat elergik 

#mari melancong #bersedia

Saturday, 29 September 2018

Adik nak arnab - Bunny day!

Hari ni saya nak bercerita tentang adik ipar saya. Dua bulan yang lepas adik ipar saya berhajat untuk mencari haiwan yang sesuai untuk dibela. Saya dan suami mencadangkan supaga dia membela arnab kerana aspek penjagaan yang mudah dan senang untuk diurus. Jadi bermula lah cerita saya dan suami mencari penjual arnab. Suami saya ada terjumpa iklan menjual arnab di Nilai Negeri Sembilan. Keesokan harinya selepas pulang dari kerja kami bergegas ke Nilai untuk membeli arnab yang diiklankan. Kami berharap dengan kehadiran arnab yang diberi nama Rae oleh adik saya ini akan mengajar dia tentang erti tanggungjawab dan disiplin dalam menguruskan haiwan ini dari aspek pemakanan dan kebersihan.

antara list haiwan yang di minta oleh adik ipar

hamster - tikus  ** reject oleh saya
kucing   - meoww  ** okay tapi high maintenance
arnab    - bunny  ** ✔️ approved



#tadaaaaa

Food Review : Mixwell Garage Restaurant

Makan Lagi Sempena meraikan ahli keluarga baru.

kali ini kami memilih restoran yang berada di sg. tangkas bangi.

Lot 1065A Kampung Sungai Tangkas, Jalan Kelisa 4, 43000 Kajang, Selangor
0179433008

Untuk lokasi waze saja "Mixwell Garage". 

Mixwell Garage ni satu restoran yang sediakan makanan western
Since chef Mixwell Garage pun seorang yang well trained chef, terbukti dengan rasa makanan ya. Terkenal dengan western food. Steak.

Best place untuk merasakan makanan steak dengan harga yang berpatutan.
Bayangkan harga Grilled Wagyu Rumpsteak MBS6-7, RM30/100gm sangat berpatutan.