Assalamualaikum,
Selepas accident kaki tersepit pintu, datang idea nak cerita tentang minyak gamat. Alang-alang lagi 6 posting yang perlu buat. Okay, saya terus cerita pasal minyak gamat aje lah.
Secara tradisional, produk berasaskan gamat digunakan sebagai penyembuh luka dan untuk memulihkan kesihatan badan. Oleh itu, sediaan gamat amat popular sebagai minuman dikalangan wanita selepas bersalin bagi tujuan tersebut.
Disamping itu juga, produk gamat juga diambil oleh pesakit yang telah menjalani pembedahan sebagai penyembuh luka. Terdapat juga gamat yang diformulasikan bersama herba lain sebagai ubat batuk, minyak urut atau minyak angin.
Untuk kes saya, luka kecil. ☺❤
Ianya dapat menghalang pembekuan darah. Proses pembekuan darah menghalang pendarahan berlebihan apabila kulit tercedera. Walaubagaimanapun, proses pembekuan darah boleh berlaku di dalam saluran darah walaupun anda tidak mengalami kecederaan.
Semua penyakit ada penawar nya, kita hanya perlu berusaha untuk mengubati.
sekian.
No comments:
Post a Comment