Hello
Untuk entry pertama, saya ingin bercerita tentang peneman setia dalam hidup seharian kami suami isteri. Seperti yang anda semua dapat lihat pada gambar yang dikepilkan di dalam entry ini dengan besar hati saya ingin memperkenalkan Mia. Mia ialah seekor kucing baka Semi Flat Face DLH atau dalam bahasa penuhnya domestic long hair muka kemek.

Mia telah bersama saya dan suami selama 7 tahun seusia dengan usia perkahwinan kami. Kehadiran Mia dalam hidup kami telah menambah rencah dalam kehidupan seharian kami dengan pelbagai ragam dan sedikit masalah

. Tetapi Mia juga telah mengajar kami suami isteri tentang tanggungjawab dan kesabaran dalam kehidupan seharian. Sekian sahaja untuk entry kali ini dan jumpa lagi pada entry akan datang dengan harapan idea untuk entry akan datang akan muncul sebagaimana saya menggunakan Mia untuk mengisi blog ini. Terima kasih Mia!!
